IPOH: Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki berumur 38 dan 63 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar warga asing tersebut ke Indonesia.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.45 pagi tadi daripada orang awam mengenai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan terkandas di Bagan Sungai Tiang Darat, Selekoh dengan muatan dipercayai warga asing.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dibantu Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Bidor serta Pasukan Polis Marin Kampung Acheh bergerak ke lokasi bot itu, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kehadiran warga asing, katanya.
"Pemeriksaan lanjut di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran dengan tempat kejadian telah menemukan 40 orang lelaki dan 201 wanita dipercayai warganegara Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 64 tahun.
"Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia namun tersadai akibat kerosakan enjin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6 [1] (C) Akta Imigresen 1959/63.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang berterusan antara masyarakat dengan agensi penguatkuasaan khususnya Polis Diraja Malaysia.
"Justeru, orang ramai diseru untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki berumur 38 dan 63 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar warga asing tersebut ke Indonesia. - Gambar fail/BERNAMA
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran
Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu petang semalam.
Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar
Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54.
Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing
Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong hari ini.